Bermulut Manis…Gaya UK
October 30, 2008

Guys,

Apakah perkara paling penting bila berkomunikasi? Ye..ye..betul la tu mesti ada bahasa yg boleh difahami, ada benda atau maksud yg nak dicakap, lagi lagi…YANG PENTING MULUT MESTI MANIS.

Cuba kita perhatikan, mat dan minah Saleh di UK ni, mulut mereka memang manis…dengar memang best, pandai betul berdiplomasi..hehe. Bukan hendak cakap mereka berpura-pura, tapi kadang-kadang kita boleh fikir “eh, ye ye je mat Saleh ni cakap bagus”….so bila kita terfikir macam tu maknanya HAH! Mungkin kata-kata dia tadi sebagai bermulut manis.

Jom, cuba ingat sejarah..bukan sejarah percintaan, tapi sejarah Malaysia. So negeri-negeri Melayu dulu kan dijajah, Sultan dan pembesar dengan mudah terpedaya dengan…DENGAN APA? Dengan pujukan Mat Saleh…itulah kekuatan mulut manis.

Disebabkan itu, aku telah mula mempelajari ciri-ciri mulut manis British…hehehe. Setelah dipraktikan ternyata sungguh berkesan! Aku hendak melihat dalam masa 10 tahun, polisi mulut manis ni akan membawa kesan yg bagaimana, ‘desirable’ or ‘vice versa’.

Advertisements