Berhari Raya di Durham

raya di bowburn

Takbir raya bersahut-sahutan, yeke? Mane ade…dalam kepala aku jer benda tuh berlaku, teringat suasana di Malaysia.

Emm..aku jangkakan raya kali ini aku mesti menangis sebab pertama kali di perantauan (real punye perantauan..bukan merantau dalam Malaysia tapi ke UK). So, pagi raya aku menumpang abg Amir dan family ke Ustinov College untuk solat hari raya. Duit raya tidak ada, so aku bagilah Harris (anak abg Amir) coklat raya. Yang penting maksudnya tercapai iaitu membawa kegembiraan kepada kanak-kanak di pagi raya.lawa tak baju raya ni?mestila sebab buah hati hadiahkan

Selepas solat raya dengan dendangan takbir raya Pak Arab yang tak pernah habis (sebab diorang tak ingat zikir takbir sampai abis…sighs), aku pun bersama-sama warga Melayu Durham yang lain meraikan hari raya di Bowburn Community Center. Emm, overall sungguh meriah! Selain berhari raya, adalah juga perkara serius yang berlaku iaitu pelantikan penghulu baru yang dimenangi oleh Ustaz Hilmi setelah melalui satu pertandingan yang sengit. Ustaz Hilmi pastinya mampu mengemudi Durham_my ke peringkat yang lebih mantap!Caya abg Hilmi…

Emm, aku ni mana reti masak, cuba cek kat dapur barang masakan aku, bawang pun takda tau!hahaha…macamne lah ada orang boleh masak tanpa bawang kan?Emm..aku pun pelik dengan diri aku sendiri. Oleh kerana ketidakmahiran aku memasak, aku pun membawa kuih raya pemberian buah hatiku tersayang. Sayangku Faridah menghantar sebekas kuih Almond London (50biji..tapi semasa bawak ke majlis tu dah tinggal 49,hehehe..). Mula-mula tu macam nak bawak sikit je, tetapi bila fikir balik…”aku ni dah la tak buat open house”, “asik datang bawak perut je bila jamuan”…jadi aku pun memutuskan untuk membawa kuih itu bagi juadah semua orang, lagi pun Faridahku cakap “takpelah, bawak je semua,nanti balik saya buatkan awak lagi banyak”…ehehehe, sayangnya pada kekasihku sorang ni. Dipendekkan cerita, habislah kuah raya ku dimakan.

Emm…di hari raya ini, aku rasa baju Melayu paling best sekali pernah aku pakai ialah semasa berhari raya di sini. Kenapa? sebabnya kain baju tu dipilih oleh buah hatiku, kemudian dipos oleh buah hatiku dan tiba satu hari sebelum raya!

Faridahku, terima kasih ye awak atas segalanya 🙂

Advertisements

There are no comments on this post.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: