Durham; The Land of Prince Bishop…

Nama “Durham” berasal dari perkataan Inggeris klasik yang berbunyi “dun-holm”, yang bermaksud “hill-island” (Wikipedia Jan 26, 2008). Durham juga tempat terletaknya Durham University (salah satu universiti tertua dan terulung di UK dan Eropah), gereja seni bina Norman dan kota lama. Secara sepintas lalu, Durham ialah sebuah bandar kecil yang mengekalkan ciri-ciri lama dan kehidupan tradisi masyarakat Inggeris.
Bandar besar yang terletak berhampiran Durham ialah Sunderland dan Newcastle. “The two great rivals in the English Premier League”. Sistem pengangkutan yang cekap sememangnya patut diteladani di Malaysia. Rangkaian kereta api laju yang menghubungi Durham dengan kawasan sekitarnya kelihatan sempurna dan sekiranya kereta api menghadapai masalah, perkidmatan “shuttle bus” disediakan dengan cepat. Di samping itu, kekerapan bas yang melalui kawasan penempatan awam juga pada tahap yang baik. Dikatakan perbezaan masa yang tercatat di dalam jadual dengan keadaan sebenar adalah hanya 1-2 minit sahaja. Selain itu, masyarakat di sini juga gemar menggunakan pengangkutan awam, mungkin kerana kawasan meletak kereta yang terhad, di samping sistem pengangkutan awam yang baik menjadi pemangkin kepada tabiat baik ini.


Kedai makanan halal agak terhad atau sukar didapati di sini. Kebiasannya, masyarakat Islam terutamanya golongan Melayu Malaysia yang tinggal di sini akan berkunjung ke Newcastle untuk membeli stok keperluan makanan dan keperluan yang lain dalam kuantiti yang besar. Kebanyakan masyarakat Melayu tinggal di kawasan Bowburn, sekitar 3-4km dari Durham University.
Walau bagaimanapun, tahap kebersihan di sini tidaklah seperti yang difikirkan oleh sesetengah kita yang belum pernah berkunjung ke sini. Sampah boleh dijumpai di tempat-tempat tersorok di sekitar tebing sungai dan di lereng bukit menghala ke stesen kereta api. Sesetengah tempat di Melaka lebih bersih dari kawasan di sini. Namun, ini hanyalah kes terpencil. Seperti kata seorang kawan, “Geordie memang macam ini. Engkau kena pergi London dulu…”. Mungkin kata-katanya benar.
Wallahualam.
Advertisements

There are no comments on this post.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: