Nilai Belajar di Luar Negara

Lama sudah tidak diusik blog ni, kalau la blog ni sebuah buku, confirm berhabuk dah sebab jarang-jarang disentuh. Soal apa ya bisa aku berbicara malam ini, emm..tidak lain tidak bukan, Soal Hati, hehehe….maaflah, untuk seorang bujang di perantauan, perkara itulah yang sentiasa bermain di kotak fikiranku.

Aku cuba berfikir sambil merenungi perkara-perkara yang telah berlalu, persoalan yang pelbagai menerjah fikirkanku, “apa ekk yang aku dapat dekat setahun belajar di UK nih..???” Improve English?adalah sedikit sebanyak…sejak dari Shell lagi dah mula improve sebab tiap-tiap hari, 5hari seminggu cakap English, confirm ada perubahan, tapi di UK ni cuma ianya semakin bertambah baiklah.

Selain itu, ilmu tentang Islamic Finance? Emm..adalah sedikit bertambah, since Durham University ni Learning Center for Islamic Finance kan. Jadi, aku menyimpulkan ada perkara positif sepanjang hampir setahun aku di sini, jadi kepada penajaku (Kerajaan Malaysia), misi anda berjaya!!!hehehe…

Dalam pada itu, satu perkara yang aku rasa aku benar-benar mempelajarinya ialah tentang kasih sayang (aahhh..mula dah Mirul ni), hehehe…betul, jujur ni aku cakap, hampir setahun di sini, perasaan rindu itulah yang betul-betul mengajar aku menjadi seorang penyabar, perindu dan penyayang. Inilah hikmahnya berhenti kerja dari Shell, bukan semua dapat rasa seperti yang aku rasa, dan juga sekiranya aku masih di Shell pastinya aku terlepas saat ini. Merindu itu sangat menyeksakan…seperti yang pernah aku nyatakan dulu diposting yang awal.

Walau bagaimanapun, tidak boleh dinafikan bahawa rindu itu mempunya nikmat tersendiri. Inilah dia perasaan kurniaan Allah. Sekiranya ianya menyentuh hati, tiada siapa dapat menahan gelombang air mata.

Inilah yang aku namakan…Nilai Belajar di Luar Negara.

There are no comments on this post

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.